Saturday, January 7, 2012

Kerana ALLAH....

Hafalan Shalat Delisa merupakan sebuah cerita indonesia mengisahkan seorang budak yang hidup bahagia bersama ibu dan adik beradiknya di sebuah kampung yang terletak di Acheh.. Namun, kehidupannya berubah apabila ibu dan adik beradiknya meninggal dunia kerana dilanda Tsunami.. Delisa juga kehilangan sebelah kakinya akibat bencana itu...Aku belum tengok lagi cerita ni. Baru tengok trailernya je... Tapi,sudah rasa kesedihannya.. Maklumlah..aku ni sensitif sikit...:P

Sebanarnya,aku bukan nak cakap pasal cite ni. Ketika melihat trailer filem nih, aku tertarik dgn kata-kata budak kecil yg bernama Delisa tu...

             " Delisa cinta Ummi kerana Allah"....

Cukup...cukup dengan ayat itu membuatkan hati aku tersentuh dan mengalirkan air mata...
Selama ini,kalau orang bertanya, "Kenapa kamu sayang ibu kamu?"
Kebanyakannya akan menjawab, " Kerana ibu yang mengandungkan,melahirkan,menyusukan,membesarkan kita"... Inilah jawapan yang aku biasa dengar...Dan inilah jawapan yg  aku bagi kalau soalan yang sama ditujukan pada aku...

Dialog itu telah menyedarkan aku bahawa ibu,ayah,keluarga,ilmu,harta dan segala-galanya adalah pinjaman drpd ALLAH kepada kita....Jadi. kita perlu menjaganya dan pasti semua itu akan diambil kembali oleh ALLAH juga kelak...  Lakukanlah segala-galanya kerana ALLAH..even sayang seseorang pun kerana cinta kita kepada ALLAH...kerana segala-galanya dtg drpd ALLAH....

Jika kita lakukan kerana ALLAH, insyaallah kita dpt terima segala cabaran dan dugaan dengan hati yang tenang...kerana ALLAH itu tidak akan berhenti menguji kita.....

So.....lps ni : "Ibu, sy syg ibu kerana ALLAH"
                   " Saya belajar kerana ALLAH..." etc...

                  
Insyaallah..hidup kamu lebih tenang....=)

No comments:

Post a Comment